Daisypath Wedding tickers

Wednesday, 17 June 2009

.melalut ikut suka hati.

Saya tahu isu ini semakin diperkatakan dikala ini terutama di kalangan guru-guru dan ibubapa yang prihatin terhadap pencapaian akademik anak-anak mereka. Jika dilihat dengan mata kasar, subjek matematik dan sains sedikit sebanyak memberi kesan kepada pelajar dan juga guru. Guru-guru matematik dan sains berdepan dengan kesukaran to deliver those subjects in english. Proses pengajaran terganggu kerana mugkin maksud yang ingin disampaikan tidak sampai kepada pelajar dan ini menyebabkan pelajar keliru dan juga mengalami kesukaran untuk memahami konsep(terutama bagi subjek matematik). Situasi tersebut mencabar kekreatifan guru untuk mengolah cara penyampaian mereka supaya menjadi lebih senang difahami dan lebih menarik.

Isunya di sini adalah mengapa ramai membantah idea ini? Mungin mereka memandang kepada tergugatnya bahasa ibunda kita dan mungkin bahasa Melayu akan terhakis sedikit demi sedikit mengikut peredaran zaman. Mungkin juga mereka terlalu prihatin kepada pencapaian pelajar yang di lihat sedikit menurun jika dibangdingkan sebelum idea ini dilancarkan. Namun, jika di lihat dari sudut yang berlainan, kita boleh lihat adik-adik kita sudah memahami apa maksud 'density' atau 'constant' seawal Tahun 5. Saya sangat tekejut apabila saya menanyakan maksud 'density' dan 'constant' kepada adik lelaki saya berumur 11tahun. Dia menjawab dengan selambanya maksud kedua-dua perkataan tersebut. Bukankah ini satu berita gembira?Saya gembira!kerana sewaktu saya berumur 11tahun, tidak pernah terdengar oleh telingar ini akan perkataan-perkataan tersebut. Padahal, saya merupakan antara pelajar terbaik dalam subjek tersebut. Saya yakin rakan-rakan saya akan bersetuju dengan pendapat ini.

Mari kita kaji..penggunaan bahasa inggeris telah diperluaskan ke dalam 2 subjek tersebut dan pendedahan bahasa Inggeris bertambah luas. Mungkin, ya mungkin..kita masih tidak boleh melihat keberkesanan perlaksanaan idea tersebut dalam pencapaian akademik pelajar-pelajar tapi bukankah kita juga membantah sistem pelajaran yang berorientasikan peperiksaan? jadi, untuk melihat keberkesanan perlaksanaan ini, kita perlu menggunakan metod lain selain dari peperiksaan. Betul tak? dengan kata lain, kita tidak boleh menjadikan keputusan peperiksaan pelajar sebagai kayu ukur untuk menentukan keberkesanan perlaksanaan tersebut.

Prestasi guru akan terjejas? Bagi pendapat saya, guru sekarang terlalu bersenang lenang dengan metod pengajaran tradisional. masuk kelas, buka buku teks, salin, buat latihan,bincang, tak sempat bincang, bagi latihan lain untuk dijadikan homework. sangat typical, bukan? jadi, inilah masanya untuk kita bangun dari zon selesa dan bina evolusi untuk memantapkan lagi dan maningkatkan lagi daya kreativiti dan juga kemahiran penyampaian yang lebih efektif untuk menjayakan perlaksanan ini. Guru harus sentiasa bersedia dengan pelbagai metod untuk menyampaikan apa yang mereka patut sampaikan kepada pelajar dan bukannya mengalah tanpa berusaha. Kita patut memikirkan apa yang terbaik untuk pelajar walau terpaksa membakar diri tanpa sebarang kesesalan dan patah semangat. kalau tak, kita tidak akan mencapai apa yang dikatakan 'Guru bagai lilin membakar diri'.

Saya yakin, ramai antara kita mahukan yang terbaik. Sebagai bakal ibubapa,kita juga harus berganding bahu bagi menjayakan perlaksanaan ini dan bukannya membantah seolah-olah kita tahu segalanya. Kalau nak bantah, tak payah hntar anak g sekolah. Ajar sendiri.....hmm....i'm too much i guess....too carried away by feelings. Better to stop here before ada orag bantai aku plak.haha~


nota kaki: anak saya akan berbahasa Inggeris dengan saya dan berbahasa Kelantan dengan mrHanif. Fair kan?hehe

8 comments:

JENAB AND JANE said...

ni assignment under code ape ek?

Anonymous said...

yep..
i'm waitin for someone to speak up about this. regarding this matter kn, maybe we as english teacher a.k.a science or math teacher who teach in english will be affected mostly. At first memang marah sebab amek kire ape pointnye kite blaja for nearly 6 years to be an english maths or science teacher kn?
Aku awal2 lg mmg tau yg our dearest newest education minister will bring some drastic change in our education scenario. awal2 lg die dh set firm on the idea dat sc and maths in english should be abolished time UMNO assembly ary 2. only if u remember la. then tup tup before we finish on dat matter suddenly he brings up about the issue whether english should be one of the pass subject in spm. wtf? dari dulu mmg english one of the pass subject kn?
why the sudden kite nk lowerkn standard of our edu?
ok x fair for those who live in rural area but is it being the same for those in urban area?
Kite jangan pikir pendek. bukannye dengan jadikan BI sbg medium penghantar utama akan lemahkn anak2 kita. macam ko kate la zha. adik aku tau bnde yang kite maybe belajar only in our secondary years.
Jangan mainkan sentimen perkauman kat sini and lagi satu jangan la bandingkn negara kita ngan negara lain cam jepon or korea. come on la. standard kite jauh berbeza. cek dulu mentaliti org melayu before buat any of the comparison la.
Bukan nak kutuk diri sendiri tapi sedar dengan tahap diri sendiri.
yg bagi komen kat tv tu lak sume cikgu/lecturer melayu. x de sorang pon yg berkaitan ngan BI. bias tul. pandangan from 1 side only.

Zhafharina Sabri said...

hohoho!pendapat aku disokong dengan panjang lebarnyaaaa!!!betul2..aku ingat aritu dorang nak abolish sme tu..tapi aku btul2 xsetuju sbab seolah2 nak bgtau yang kita ni lemah dan xleh sahut cabaran tu.kita hidup bukan makin mundur tapi makin maju dan patutnya kita kena buat sesuatu untuk majukan bangsa kita.BM xkan hilang didunia slagi gov xabolish subjek BM n Sastera..tapi xtaula klu dorg nak abolish jugak kan?sarcastic nih...mmg Melayu akan hilang di dunia la...

Zhafharina Sabri said...

nona:code DBF 7797..hehehe

Anonymous said...

musti ler..
aku marah taw..
cm bodo jew

ila ni said...

well done zha~!
mcla yg bkn cikgu turut bersetuju.
huish.. sbnrnye terlalu banyak untuk diluahkan bila isu ni ditimbulkan. teruskan perjuangan,zha! ;p

Zhafharina Sabri said...

hehehe..tenkiu2 kerana turut bersetuju!mrlah kita sm2 berjuang!!!patriotic sgtkah?hoho

Miss Agu said...

kalo bce nisa nye komen kt cni sme je mcm tgh dgr dia ckp kt depan muke aku haha!! nisa2 ko ni mmg dilahirkan utk berceloteh kot