Daisypath Wedding tickers

Tuesday, 30 March 2010

Tidak lagi perlu......

Anda mungkin akan tergelak jika ku katakan hati ini bagaikan berbunga-bunga siap ade butterfly lagi bila terfikirkan yang aku akan jadi milik cik anep nanti =) majlis ku nanti mungkin tak se 'happening' orang lain. Pelamin pula mungkin tak semenggah orang lain. Baju pula tak berkilau seperti yang lain,malah mungkin baju-baju cik nisak n cik nona akan lebih menarik minat korang nanti. Tapi aku tak kisah pon. Pengantin pula tak secantik seperti yang lain, tapi sangat-sangat bersyukur kerana kami sudah berjaya melepasi semua ujian dan dugaan dengan sabar walaupun adakalanya kesabaran sedikit tergugat dan akhirnya kami bakal meneruskan hidup bersama sebagai pasangan yang mempunyai ikatan yang sah. Tidak lagi perlu berasa takut akan maksiat. Tidak lagi perlu dibebel oleh papamama sekiranya pulang lewat ke rumah jika keluar bersama. Tidak lagi perlu berasa sedih untuk berjauhan. Tidak lagi perlu bergayut di kala malam hari hingga telinga berasa panas. Tidak lagi tinggal berasingan dalam jarak yang sangat jauh. KL-Kelantan adalah sangat jauh bagi kami. Tidak lagi perlu menunggu cuti panjang untuk ber'dating'. Tidak lagi perlu mencari teman untuk pergi ber'jogging' dalam usaha untuk kuruskan badan =p Dan tidak lagi perlu bersolat berseorangan selepas ini.....

Alhamdulillah..sangat-sangat bersyukur kerana atas ujian-ujian yang kami lalui sebelum ini membuatkan kami lebih kuat dan lebih bersedia untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Kami sangat bahagia.

Saturday, 20 March 2010

update!update!

mata masih segar bugar
tak nak tido eh?
nak,nak
tapi nak update dulu jap ye
kelmarin pagi pagi lagi besiap nak gi fitting baju
padahal ngantuk tesangat
tido pon bape jam je
dah la tido dalam bas buruk,kene kecilkan diriku yang gemok ni sebab ade mamat kat sebelah
tido pon kene agak agak je
tak leh berbuas buasan sangat adeh!
cik anep dah pesan,jangan tido sangat takot telentok kt kepala kawan tu
LOL!
back to the topic, saya dah pilih beberapa baju yang berkenan di hati
akan tetapi.......
bila di fikir-fikirkan balik, tak perlu pon baju banyak-banyak sebab nati buat penat je nak salin
tetamu pon tak sempat nak layan
photographer plak akan naik muak duk amek gamba muke yang sama
kalo cantik tak pe jugak
so sekarang, buat masa ni baju time akad dah ada.
time sanding pon ade
juz time anta menantu je masih tak de
so macam mana?
hmmm
malas nak peningka kepala pasal bende alah ni
ikutkan ati pakai je baju kurung yang dah tersedia ada =p
so KIV dulu untuk majlis sambut menantu

tengahari tadi pegi rantau panjang survey paper beg dengan favor untuk side cik anep
ingat nak gi survey je tapi dah terembat
RM of course melayang jugak la
dah setel dah favor untuk side dia juz tinggal nak pegi beli naskhah2 Yassin kat mydin esok
then off to KB
cik anep cakap ada household sale kat pacific
cadar-cadar akemi murah gile
pilih punye pilih..nak sesuaikan dengan tema lah konon
amik gak la satu set cadar akemi
dapat free bantal dua bijik then kitorang tambah lagi bantal dua bijik
cik anep nak buat ape bantal banyak banyak ni?
dia cakap beli je..
dah dia cakap macam tu saya ikut je
dia yang duk hulur
poket saya dah sememangnya kering
hanya mampu melihat sahaja
hahaha

esok plak plan nak gi survey cincin ngan cik anep
cik anep lagi?
a'ah..memang,hari-hari jumpa
hahaha
tapi esok ajak papa dengan mama saya ikut sekali
bab-bab cari cincin ni saya berpendapat haruslah melibatkan orang tua
sebab..
cincin itu simbolik
simbol adat dan juga simbol kasih sayang
kan?
jadi biarlah orang tua bepuas hati dengan pilihan kami
sekurang-kurangnya mereka akan rasa mereka mempunyai kepentingan
mungkin ia tak perlu bagi korang
tapi tak kisahla kan..
juz my point of view =)
so esok misi akan diteruskan pula dengan pencarian bedroom set untuk cik anep
then my paper bag for my wedding favor
tu jela kot untuk esok..

kad jemputan masih belum diedarkan
untuk rakan rakan jauh, perhaps next week i will be doing the postage
ohh ya!kepada rakan-rakan yang masih belom memeberikan alamat anda,plz do so k.
kindly leave ur adress kat ruangan komen but it wont be publish for privacy reason.
see ya!

Monday, 8 March 2010

main2 + takde keje

WARNING!
gambar-gambar di bawah agak menjelikkan
jadi kalian tidak digalak kan untuk scroll down bagi yang tidak tahan akan kejelikan ini
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
muka tanpa mekap lagi suci dan murni =p
macam bapok cikpon lak aku rasa

setelah sekian lama tak ber 'camwhoring'
so weekend lepas terhasillah gambar-gambar seperti di atas
LOL!